contact

contact

Tuesday 21 May 2013

Cuti Sekolah 24 May hingga 9 Jun 2013

                                                 Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera  


1.Cuti sekolah tiba lagi...kali ini bermula dari 24 May 2013 sehingga 9 Jun 2013.

2.Ramai penduduk bandar akan mengambil peluang ini untuk membawa anak-anak dan keluarga untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.

3.Jadi, apa kata penduduk kampung pula datang bercuti di Kuala Lumpur dan bawa anak-anak dan keluarga untuk melawat tempat-tempat menarik di sini.

4.Because this is the right time to visit K.L since there will be less traffic jams and fewer peoples at city centre.

5.Oleh itu, kami telah siapkan jadual tempahan sempena cuti sekolah ini untuk memudahkan anda melihat tarikh dan hari yang mana sudah ditempah dan yang mana masih belum ditempah (available).

6.Anda boleh klik link di atas atau di sebelah kanan ini untuk mengetahui jadual tempahan terkini.

7.Hari, tarikh dan masa kemaskini akan di nyatakan dengan jelas.

8.Untuk mengelakkan kekecewaan, boleh membuat tempahan sekarang dengan menghubungi En Hamudi di talian 013-4534313 (juga boleh SMS, whatsapp dan weChat)

Terima Kasih.


Tuesday 14 May 2013

Yearly Maintenance/ Service ( Servis/ Penyelenggaraan Tahunan )

                                              Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera    



1.Alhamdulillah, kini homestay Kak Long Cottage (La Villas Condo) telah berusia SETAHUN.

2.Terima kasih yang amat terhingga kepada pelanggan-pelanggan, tetamu-tetamu yang telah menginap di sini.

3.Oleh kerana sokongan tuan-puan, boleh saya katakan di sini bahawa Kak Long Cottage telah banyak "improve".

4."Improve" di sini bermaksud banyak perubahan yang telah dilakukan pada dalaman dan pada alat-alat yang lebih "details" contohnya penggantian suis lampu yang patah dsg.

5."Improvement" ini sebenarnya dapat dilakukan oleh kerana "feedback" dan komen-komen dari pelanggan-pelanggan kami yang dihormati.

6."Feedback" dan komen amatlah penting bagi kami untuk kami membuat pembaharuan dan tindakan susulan yang sepatutmya.

7.Jadi, walaupun perit untuk ditelan, tetapi kami amat mengalu-alukan "feedback" dan komen-komen anda.

8.Siapa lagi yang lebih tahu tentang ketidakselesaan yang dialami kecuali pelanggan/ tetamu kami yang amat kami hormati :)






Thursday 9 May 2013

PRU13 ( Pilihanraya Umum Malaysia Ke-13 )

Assalamualaikum dan Selamat Tengah Hari

1.SCH (Sista's Cottage Homestay) sudah menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia untuk mengundi siapa yang bakal memimpin negara.

2.Walaupun banyak isu yang timbul, tetapi SCH tidak akan mengulas tentang perkara tersebut :)

3.Bagi SCH, kehidupan mesti di teruskan dan kita akan sokong kepada siapa yang telah diberi mandat memimpin negara.

4.Dalam kemeriahan PRU 13 ini, jangan pula lupa bahawa cuti sekolah akan bermula pada hujung bulan ini (May).

5.Jadi undilah atau pilihlah Sista's Cottage Homestay sebagai homestay pilihan anda jika anda ingin menetap di Kuala Lumpur.