contact

contact

Monday 22 July 2013

Promosi Sempena Hari Raya Aidil Fitri Ogos 2013

                                                    Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

1.Hari Raya Aidil Fitri kali ini akan menjadi lebih meriah dari biasa. Ini kerana cuti sempena Hari Raya akan bersambung dengan CUTI SEKOLAH (School Holiday). WOW!!

2.Cuti Sekolah ini akan bermula pada 7 Ogos 2013 sehinggalah 18 Ogos 2013. WOW LAGI!!

3.Jadi, kami dengan ini mengisytiharkan bahawa Promosi Istimewa (yang orang tak pernah buat lagi) akan bermula pada hari ini seperti di bawah:






4.Penerangan/ Explaination:  Untuk tempahan penginapan minimum 2(dua) malam, anda akan dapat sama ada 1(satu ) unit Eco Bottle dari Tupperware ATAU 1(satu) set Citrus Bilberry Body Wash dan Citrus Bilberry Body Lotion dari Nutrimetics.  

5.Kedua-dua produk tersebut ditaja oleh ieja.ab tupperware. Terima kasih diucapkan kepada Pn Faiza kerana sudi bekerjasama dengan kami. Untuk melihat produk-produk Tupperware dan Nutrimetics terkini, bolehlah menjenguk di Facebook Pn Faiza iaitu Faiza AB.

6.Promosi terkini ini hanya sah untuk pelanggan yang membuat tempahan bermula hari ini (22 Julai 2013) sehingga 31 Julai 2013 untuk penginapan yang bermula dari 7 Ogos 2013 sehingga 18 Ogos 2013 sahaja.

7.Seperti biasa, Page "Jadual Tempahan" akan diletakkan di sebelah kanan blog ini.

8.Jadi apa tunggu lagi, buat tempahan anda sekarang untuk elakkan kekecewaan pada hari yang mulia nanti iaitu HARI RAYA AIDILFITRI :) 






Monday 15 July 2013

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN

                                                        Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


1. Selamat Datang (Welcome) to Ramadhan iaitu bulan untuk semua umat Islam di seluruh dunia berpuasa (fasting).

2.Rasanya seperti baru sekejap sahaja bulan Ramadhan berlalu tetapi sekarang bertemu lagi.

3.Admin dapati, tradisi pulang berpuasa di kampung halaman pada awal Ramadhan masih di lakukan oleh sesetengah penduduk di bandar. Alhamdulillah.

4.Tidak ketinggalan juga ada yang dari Malaysia Timur datang ke semenanjung untuk merasai pengalaman berpuasa di sini.

5.Alhamdulillah dan terima kasih kepada En Azzahid serta keluarga dari Wilayah Persekutuan Labuan kerana memilih Sista's Cottage Homestay sebagai homestay pilihan untuk menyambut Bulan yang Mulia ini.

6.Kini, Admin dengan berbesar hati mengumumkan bahawa, tempahan/ booking untuk Hari Raya dan Cuti Sekolah (08/08/13 hingga 18/08/13) telah pun diBUKA!.

7.Walaubagaimanapun, Admin akan membuat satu "Post" tentang Promosi Istimewa (org xpernah buat lg) yang akan diberikan kepada pelanggan yang membuat tempahan pada tarikh yang tertera di atas pada esok hari (18/07/13). 

8.Harap bersabar ya!! Salam Ramadhan :)

Tuesday 2 July 2013

Free Wifi atau Astro Njoi

                                                   Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera





1.Kami amat memerlukan pertolongan anda semua untuk membantu kami membuat keputusan tentang sama ada mahu memasang Wifi atau Astro Njoi di homestay kami pada 1 Ogos 2013 nanti 

2.Kedua-dua kemudahan tersebut adalah penting, tetapi kos untuk memasang kedua-dua kemudahan tersebut serentak adalah tinggi.

3.Jadi, "survey" ini amatlah penting kerana "by the end of the day", andalah (tetamu) yang akan mendapat kebaikan atau "benefit" dari penambahan kemudahan ini.

4.Oleh itu, klik --> SURVEY  untuk membantu kami...setiap pilihan anda kami dahulukan dengan ucapan Terima Kasih daun keladi..

5.Kami akan memilih jumlah pilihan TERbanyak termasuk dari Facebook, Twitter dan blogspot ini.

Bantu Kami Ya!!