contact

contact

Monday 6 January 2014

2014. Tahun Baru, Perancangan Baru.



1.Selamat di ucapkan kepada tetamu-tetamu kami yang amat kami sayangi.

2.Di harapkan pada tahun ini, setiap seorang daripada anda mempunyai "perancangan" yang baru untuk menempuh kehidupan selama setahun yang mendatang ini.

3.Dengan kenaikan harga barangan bermula dengan minyak, gula dan sebagainya, akan membuatkan kehidupan pada tahun ini amat mencabar kepada setiap manusia yang berada di bumi Malaysia ini.

4.Bersabar dan kawal perbelanjaan anda supaya kesan kenaikan harga ini akan dirasai secara minima (menginap di homestay adalah salah 1 cara untuk berjimat :) ).

5.Walaubagaimanapun, TERIMA KASIH yang tidak terhingga kepada tetamu-tetamu yang telah menginap di kedua-dua homestay kami pada cuti sekolah yang lalu.

6.Insha Allah dengan komen-komen dan cadangan-cadangan yang telah diterima, kami akan memperbaiki dan menambahbaik kedua-dua homestay kami di masa hadapan.

7.Dan syukur kepada Allah S.W.T, kerana pelawat blogspot kami telah mencecah 12,385 pelawat setakat jam 4ptg hari ini Alhamdulillah.


8.Akhir kata, Selamat Tahun Baru 2014 dan TERUSKAN menyokong kami :)