contact

contact

Tuesday 19 August 2014

Tempahan Awal Homestay Sangat Dialu-alukan


1.Kita akan berjumpa dengan cuti sekolah sekali lagi kali ini pada bulan hadapan (September).

2.Cuti sekolah yang akan berlangsung selama 9 hari ini akan menjadi meriah kerana pada pendapat Sista, ketika cuti Hari Raya Aidilfitri tempoh hari, anak-anak dari bandar akan pulang ke kampung manakala cuti yang akan datang ini anak-anak dari kampung pula akan berkunjung ke bandar.

3.Ini kerana dari pengalaman Sista selama 2 tahun lebih menguruskan homestay, ternyata  peristiwa di atas adalah benar.

4.Alhamdulillah, homestay kami akan penuh atau 90% penuh pada setiap cuti sekolah cuma apa yang Sista sangat-sangat harapkan ialah supaya bakal tetamu kami dapat membuat tempahan awal untuk dapatkan diskaun-diskaun yang lebih menarik.

5.Insha Allah, Sista akan membantu anda semua sebanyak mungkin.






Tuesday 12 August 2014

Tips Mencari Homestay di Kuala Lumpur dan semua negeri di Malaysia



Insha Allah hari ini Sista akan berkongsi sedikit tips bagaimana untuk mencari homestay di Kuala Lumpur khasnya dan setiap negeri di Malaysia amnya.

1.Bertanya rakan-rakan atau saudara-mara yang pernah menggunakan khidmat homestay tersebut.
~Jika ada, terus bertanya tentang "rating" atau minta rakan atau saudara anda untuk membuat sedikit review tentang homestay tersebut.
~Ini kerana terlalu banyak homestay di Malaysia ini yang tiada "marketing" maka susah untuk kita untuk membuat "research" di internet dan sebagainya.

2.Internet "research"
~Ini adalah teknik yang paling mudah dan cepat untuk mendapatkan servis homestay di Kuala Lumpur dan kebanyakkan tempat di Malaysia.
~Antara laman web/ portal homestay yang mudah dan cepat untuk mencari homestay ialah:-
-->www.Mudah.my
-->www,CariHomestay.net
-->www.iBilik.com.my (sedikit charge akan dikenakan untuk setiap transaksi yg berjaya)
-->www.TravelMob.com (sedikit charge akan dikenakan untuk setiap transaksi yg berjaya)
--> dan ada beberapa lagi yang percuma dan berbayar
...

~Walaupun terdapat iklan-iklan di dalam laman web/ portal  yang dinyatakan di atas, adalah WAJIB untuk membuat kajian seterusnya di:-
*LAMAN WEB Homestay itu sendiri.
*BLOGSPOT Homestay tersebut.
*FACEBOOK PAGE Homestay tersebut.
*TWITTER & INSTAGRAM Homestay itu sendiri JIKA ada.

~Yang penting di internet ini ialah cuba untuk baca "review" tetamu atau pengguna yang pernah menginap di sana.


Jika sudah berpuas hati dengan gambar-gambar dan info-info yang terdapat dalam laman web, portal homestay, Facebook Page dan lain-lain, langkah seterusnya ialah ambil telefon bimbit/ pejabat/ rumah anda dan terus hubungi (telefon/ sms/ whatsapp) pihak homestay.

Apakah soalan-soalan yang harus di tanya kepada pihak homestay sebelum membuat tempahan??Sista akan kongsikan Tips ini di POST yang akan datang.

Insha Allah jumpa lagi ya ;)





Sunday 10 August 2014

Rumah Terbuka Hari Raya Open House



1.Setelah berakhirnya sambutan hari raya di kampung masing-masing, semua warga kota telah kembali ke kota untuk mencari rezeki.

2.Maka, Rumah Terbuka amat dinanti-nantikan oleh semua orang yang telah kembali bekerja di bandar-bandar.

3.Tidak kira Rumah Terbuka yang dibuat oleh orang perseorangan (kawan-kawan, jiran-jiran dan sanak saudara), yang amat di nantikan oleh setiap orang tidak kira Melayu, Cina dan India ialah Rumah Terbuka yang dianjurkan oleh syarikat-syarikat sama ada kerajaan ataupun swasta.

4.Ini kerana Rumah Terbuka ini skalanya besar bermakna makanan yang dihidangkan adalah sangat pelbagai.

5.Jadi, ambillah peluang ini untuk menghadiri Rumah Terbuka sebanyak mungkin, kerana selain dari mengeratkan sillaturrahim antara kita, kita juga boleh jimat setelah ber"shopping" sakan untuk menyambut hari raya temph hari.

6.Selamat ber"Open House"... :)

Friday 8 August 2014

Selamat Hari Raya Eidul Fitri 2014



1.Selamat Hari Raya Eidul Fitri dan seribu kemaafan dipinta dari tetamu-tetamu kami tidak kira di mana anda berada jika ada kekurangan, kesilapan dan terkasar bahasa sepanjang 2 tahun 3 bulan perkhidmatan kami.

2.Kami cuba untuk membantu anda untuk memberikan khidmat dan servis homestay (urban homestay) yang terbaik di Kuala Lumpur ini.

3.Jutaan terima kasih kepada anda semua.

4.Tanpa anda siapalah kami.

5.  :)