contact

contact

Tuesday 23 September 2014

Cuti Sekolah Yang "Panas"




1.Hari Ahad 21 September 2014 selesai sudah cuti sekolah edisi "panas" pada tahun ini.

2.Edisi "Panas" yang Sista maksudkan ialah isu kertas peperiksaan UPSR yang bocor.

3.Sista tak mahu bercerita panjang tentang isu ini tetapi apa yang Sista harapkan ialah agar pihak-pihak atau orang perseorangan tertentu perlu di hadapkan ke muka pengadilan kerana mereka telah menyusahkan pelbagai pihak termasuk guru, murid, ibu bapa dan ramai lagi.

4.Walaubagaimanapun, isu tersebut tidak langsung mengganggu keseronokan kanak-kanak ketika bercuti.

5.Sista tumpang gembira kepada tetamu-tetamu Sista kerana dapat melihat keriangan anak-anak mereka ketika mandi sambil bermain-main di kolam renang yang berada di tingkat bawah di blok yang sama dengan homestay (terima kasih kepada pihak pengurusan condo kerana menjaga kebersihan kolam renang).

6.Alhamdulillah, kami telah sedaya upaya untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada tetamu-tetamu kami yang telah menginap selama 7 hari daripada 9 hari cuti sekolah berlangsung.

7.Jika ada apa-apa pertanyaan, boleh hubungi kami di talian 013-4534313. Insha Allah kami akan cuba menjawab segala persoalan yang akan diutarakan (lagipun tanya tak perlu bayar kan..?)









Tuesday 16 September 2014

Katil di Bilik Ketiga



1.Kami akan sentiasa menambah baik (upgrade) kelengkapan di dalam homestay kami.

2.Penambahbaikkan ini juga sebenarnya adalah daripada komen atau cadangan anda tetamu-tetamu yang kami sayangi.

3.Oleh itu pesan Sista, berilah komen atau cadangan kepada wakil kami untuk kami tahu apa sebenarnya yang dialami oleh tetamu-tetamu kami ketika menginap disini.

4.Upgrade yang terbaru ialah kami meletakkan katil di bilik terakhir (sebelum ini cuma tilam yang diletakkan diatas lantai).

5.Sista akan terus update di blog, FB, Twitter dan Instagram jika ada lagi penambahbaikkan di masa hadapan :)




Monday 8 September 2014

Peperiksaan UPSR September 2014


1.Sista nak ucapkan selamat menduduki peperiksaan UPSR untuk adik-adik kita.

2.Sebelum nak bercuti, belajar rajin-rajin, usaha bersungguh-sungguh dan dapatkan keputusan yang terbaik insha Allah. Kemudian cutilah sepuas-puasnya :) (teringat zaman sekolah rendah pulak..)




Friday 5 September 2014

Jadual Tempahan Cuti Sekolah bermula 13 hingga 21 September 2014

Jadual Tempahan Untuk Cuti Sekolah 13-21 September 2014


1.Berikut ialah jadual tempahan terkini sempena cuti sekolah pada September 2014.

2.Tarikh dan masa "update" akan di nyatakan dengan jelas :)

Latest Update: 21/09/14 1000hr
-----