contact

contact

Friday 14 November 2014

Ruang Tamu Homestay



1.Alhamdulillah, setelah memasukkan beberapa perabot dan kelengkapan, maka inilah rupanya susunatur terbaru ruang tamu kami :)

2.Sofa 3 seater telah ditambah untuk membolehkan 3 orang tetamu lagi duduk sambil berbual atau menonton tv.

3.Rak TV 6 kaki ditambah bagi tetamu-tetamu dapat meletakkan barangan-barangan peribadi seperti telefon bimbit, tablet, laptop, dompet, beg tangan, kunci kereta dan pelbagai lagi.

4.Sis mewakili pihak pengurusan homestay, akan sentiasa melakukan penambahbaikan dari masa ke semasa.

5.Insha Allah.

















Tuesday 11 November 2014

Persediaan Untuk Cuti Sekolah


1.Hi..Seperti yang Sis kongsikan sebelum ini iaitu tentang cuti sekolah hujung tahun yang tidak lama lagi (sekarang tinggal 10 hari sahaja lagi), Sis sangat teruja dan tak sabar untuk cuti sekolah bermula.

2.Maksud Sis tentang teruja ialah Sis akan rasa sangat seronok dan bertuah kerana akan dapat membantu ramai rakyat Malaysia untuk mendapatkan tempat penginapan yang luas, selesa, harga yang berpatutan dan dekat dengan pelbagai tempat pelancongan termasuklah tempat membeli belah.

3.Jadi, untuk menerima tetamu pada cuti sekolah nanti, Sis telah membawa masuk beberapa perabot yang bukan sahaja untuk mencantikkan lagi homestay Sis tetapi juga untuk menambah kemudahan yang terdapat didalam homestay.

4.Beberapa perabot dan kemudahan yang dibawa masuk ialah:-
~Rak TV yang lebih besar supaya tetamu dapat meletakkan barangan peribadi (telefon, tablet, beg dompet dan sebagainya).

~Baby Court untuk kegunaan keluarga yang mempunyai anak kecil dan bayi.

~Katil queen size akan digantikan kerana katil sekarang tidak menepati standard yang Sis dan pihak pengurusan telah tetapkan.

~Sofa 3 seater ditambah supaya lebih ramai tetamu yang dapat duduk dengan selesa diatas sofa.

5.Akhir kata, Sis harap anda semua rancang percutian anda sebaik mungkin dengan membuat tempahan awal di homestay kami dengan menghubungi 013-4534313.