contact

contact

Friday 17 April 2015

KLCC



+ Jarak dari homestay Sis ke KLCC ialah dalam 6-7 km sahaja ataupun 6 minit pada waktu luar puncak dan 25-35 minit pada waktu puncak.

+ Tak perlu untuk Sis ceritakan setiap satu apa yang terdapat di KLCC ini kerana rata-rata tetamu homestay Sis lebih tahu apa menariknya KLCC ini CUMA mereka mahukan homestay yang terdekat dengan KLCC. (klik SINI untuk cerita Petrosains KLCC)

+ Tetamu boleh memilih untuk menggunakan kenderaan sendiri(kereta/ motorsikal), Teksi, Bas ataupun LRT. Semua perkhidmatan awam boleh didapati berdekatan homestay Sis.

Jadi, alang-alang datang kenduri saudara atau kawan di Kuala Lumpur, rajin-rajinlah kosongkan poket anda di KLCC ya (Sis gurau jer..)




Friday 10 April 2015

CARA MUDAH UNTUK BERTANYA TENTANG KEKOSONGAN HOMESTAY KAMI



+ Sista dan pihak pengurusan sentiasa membincangkan tentang perkara-perkara yang akan memperMUDAHkan tetamu-tetamu atau bakal tetamu untuk berhubung dengan kami.

+ Ini kerana, sebelum memulakan perbincangan/ pertanyaan lebih lanjut yang lebih terperinci, soalan pertama yang akan ditanya ialah tentang kekosongan. Contoh ayat-ayat yang biasa kami terima ialah seperti berikut:
1)"salam..homestay kosong tak esok lusa tulat?"
2)hi..homestay ada tak untuk 10 april?.."
3)"saya nak book homestay, harini available tak..?"
4)"malam ni kosong?.."
5)"salam, this weekend homestay free x..?"

Jadi, tujuan utama cara ini dibuat ialah untuk mengelakkan dari tetamu/ bakal tetamu tidak tahu bagaimana hendak bertanya dengan menaip atau mengeluarkan ayat-ayat yang pelbagai.

+ Kita cuba sama-sama ya. Insha Allah lebih MUDAH.