Insha Allah hari ini Sista akan berkongsi sedikit tips bagaimana untuk mencari homestay di Kuala Lumpur khasnya dan setiap negeri di Malaysia amnya.
1.Bertanya rakan-rakan atau saudara-mara yang pernah menggunakan khidmat homestay tersebut.
~Jika ada, terus bertanya tentang "rating" atau minta rakan atau saudara anda untuk membuat sedikit review tentang homestay tersebut.
~Ini kerana terlalu banyak homestay di Malaysia ini yang tiada "marketing" maka susah untuk kita untuk membuat "research" di internet dan sebagainya.
2.Internet "research"
~Ini adalah teknik yang paling mudah dan cepat untuk mendapatkan servis homestay di Kuala Lumpur dan kebanyakkan tempat di Malaysia.
~Antara laman web/ portal homestay yang mudah dan cepat untuk mencari homestay ialah:-
-->www.Mudah.my
-->www,CariHomestay.net
-->www.iBilik.com.my (sedikit charge akan dikenakan untuk setiap transaksi yg berjaya)
-->www.TravelMob.com (sedikit charge akan dikenakan untuk setiap transaksi yg berjaya)
--> dan ada beberapa lagi yang percuma dan berbayar
...
~Walaupun terdapat iklan-iklan di dalam laman web/ portal yang dinyatakan di atas, adalah WAJIB untuk membuat kajian seterusnya di:-
*LAMAN WEB Homestay itu sendiri.
*BLOGSPOT Homestay tersebut.
*FACEBOOK PAGE Homestay tersebut.
*TWITTER & INSTAGRAM Homestay itu sendiri JIKA ada.
~Yang penting di internet ini ialah cuba untuk baca "review" tetamu atau pengguna yang pernah menginap di sana.
Jika sudah berpuas hati dengan gambar-gambar dan info-info yang terdapat dalam laman web, portal homestay, Facebook Page dan lain-lain, langkah seterusnya ialah ambil telefon bimbit/ pejabat/ rumah anda dan terus hubungi (telefon/ sms/ whatsapp) pihak homestay.
Apakah soalan-soalan yang harus di tanya kepada pihak homestay sebelum membuat tempahan??Sista akan kongsikan Tips ini di POST yang akan datang.
Insha Allah jumpa lagi ya ;)