Wednesday, 6 November 2013
PROMOSI TERKINI UNTUK CUTI SEKOLAH NOVEMBER DAN DISEMBER 2013
1.Cuti sekolah kembali lagi begitu juga dengan promosi terkini dari kami.
2.Cuti sekolah yang akan berlangsung adalah lebih kurang sebulan setengah panjangnya (16 November 2013 sehingga 31 Disember 2013)
3.Kami akui bahawa promosi ini agak lambat diadakan, tetapi kepada tetamu-tetamu yang telah membuat tempahan lebih awal dari iklan ini, anda secara automatik akan menerima voucher-voucher ini.
4.Senarai penerima akan di "update" di ruangan bawah.
5.Jadual Tempahan seperti biasa akan dimuat naik dan anda boleh KLIK Jadual Tempahan ini sama ada dari Menu Utama atau Link yang kami letakkan di bahagian tepi.
6.Jangan tunggu lama-lama, buat tempahan anda sekarang...... :)
SENARAI PENERIMA VOUCHER:
1.En Nidzam (RM10)
2.Tn Hj Ahmad (RM10)
3.Mr Eugene (RM10)
4.Tn Hj Matsah (RM10 + RM5)
5.En Saifulbhari (RM10 + RM5)
6.Cik Gee (RM10)
7.Cik Afiqah (RM10)
8.En Jasni (RM10 + RM5)
9.En Hanis (RM10)
10.En Man (RM10 + RM5) (updated at 1900hr, 19/11/13)
Wednesday, 16 October 2013
Selamat Hari Raya Aidil Adha
1.Masih belum terlambat untuk kami ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Islam.
2.Admin dapati banyak kenduri kahwin, aqiqah dan ada juga open house diadakan pada hari raya kedua.
3.Oleh itu, admin tidak dapat menolak pelawaan untuk mengisi perut yang dah penuh dengan ketupat, rendang, serunding, nasi hujan panas dan yang paling penting ialah daging kurban.
4.Jadi, perkara pertama yang admin akan buat apabila pulang ke Kuala Lumpur ialah bersenam, joging, exercise dan perkara-perkara yang berkaitan dengan mengeluarkan peluh :)
Monday, 23 September 2013
Sista's Cottage Homestay ad is now in TRAVELMOB!!
1.Admin telah mendapat satu email dari pihak Travelmob yang memberitahu kami supaya mengiklankan homestay kami di laman web mereka.
2.Setelah admin melakukan sedikit kajian latar belakang dan sebagainya, ternyata memang Travelmob merupakan satu laman web besar dan selamat untuk digunakan.
3.Travelmob mengiklankan lebih dari 14,000 "short-term rental" atau sewaan jangka masa pendek yang terdiri dari villa mewah, apartment, kondominium, "houseboat", "tree houses" dan juga pulau peribadi di seluruh ASIA PASIFIK!!wow....
4.Pihak Travelmob hanya mengenakan charge 3% dari tempahan yang berjaya dibuat.
5.Admin dengan ini amat berbesar hati untuk terlibat dengan satu laman web yang amat besar dan selamat ini :)
Wednesday, 4 September 2013
SYAWAL YANG BIZI...
Assalamualaikum dan Selamat Berhari Khamis
1. Cuti sekolah sempena Hari Raya Aidilfitri sudah berlalu ( 8 Aug hingga 18 Aug 2103 ) dan Syawal pun sudah tiba di penghujungnya.
2. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada tetamu-tetamu yang telah menginap di kedua-dua homestay kami ketika cuti sekolah tersebut. Semoga Hari Raya anda meriah ketika menetap di sini.
3. Berkenaan dengan tajuk " Syawal yang Bizi", sebenarnya admin telah berpindah ke rumah baru pada 15 Ogos yang lalu. Oleh kerana terlalu banyak barang yang perlu di "packing" dan "unpack", juga banyak perkara yang perlu diselesaikan, admin tidak sempat nak "update" blogspot dan FB. Jadi, hari ini admin akan update kesemua yang berkaitan dengan "online" (blogspot, Facebook, CariHomestay, iBilik dll).
P/s:Kalau masih ada "open house", jangan lupa jemput ya!! :)
Subscribe to:
Posts (Atom)




