contact

contact

Sunday, 1 June 2014

Menginap di homestay pun dapat hadiah

Wakil dari Sista's Cottage Homestay (kiri) menyampaikan hadiah misteri kepada En Aizat

1.Terima kasih diucapkan kepada En Aizat, Pn Shidah dan keluarga dari Pahang kerana menginap di homestay kami.

2.Disebabkan En Aizat dan Pn Shidah adalah 5 orang terawal yang membuat tempahan didalam cuti sekolah, ada hadiah misteri untuk anda berdua(mungkin rezeki orang baru kahwin juga..:))

3.Jadi masih ada lagi 3 hadiah misteri yang boleh dimenangi kerana hadiah misteri ini hanya diberikan kepada sesiapa yang membuat tempahan sehari atau lebih sebelum tarikh penginapan (khas untuk cuti sekolah May-Jun 2014).

4.Boleh hubungi kami di talian 013-4534313 (telefon/ sms/ whatsapp) untuk pertanyaan dan tempahan.

5.Jangan lupa tanya kawan atau saudara anda "MENGINAP DI HOMESTAY PUN DAPAT HADIAH??"




Tuesday, 6 May 2014

Kedai Kain di Jalan Tar dan Jalan Masjid India


1. Hari ini ialah 6 May 2014 tetapi kehebohan dan keriuhan tentang hari raya sudah kedengaran.

2.Bukan nak di lupakan tentang Ramadhan Al-Mubarak, tetapi apa yang Sista maksudkan ialah ramai yang sudah bermula untuk membeli kain-kain untuk dijadikan baju raya.

3. Disini Sista ingin berkongsi sedikit tentang di mana tempat tumpuan untuk "membeli dan belah" kain-kain yang cantik-cantik dan yang paling penting Murah dan Berpatutan.

4.YA..seperti tajuk diatas, disitulah tempat tumpuan untuk shopping  kain-kain yang WOW!, MENGANCAM!, TERLAJAK LARIS dan AWESOME!!..dan Sista ingin berpesan supaya berhati-hati jangan sampai kena histeria.. ;)

5.Banyak jenama-jenama atau outlet yang terkemuka contoh seperti Jakel, Muaz Textile dan banyak lagi.

6. Jika tak nak masuk ke outlet-outlet ini, anda boleh ke bazar atau booth-booth yang disediakan secara open air. Kelebihan booth open air ini ialah terdapat banyak booth yang menjual air minuman dan kuih-muih goreng (karipap, fishball, sosej dll). Sambil cuci mata boleh ngap-ngap..

7.Owh, kalau tuan-tuan dan puan-puan tak nak naik kereta kerana sudah tentunya jem di KL ni, boleh cuba untuk naik LRT. LRT Majid Jamek hanya bersebelahan sahaja dengan Jalan Majid India. Turun LRT dah boleh terus shopping. Amacam??

8.Sista harap dengan sedikit perkongsian ini dapat membantu rakan-rakan yang berniat untuk habiskan semua duit gaji anda di sana. HeheHe

9.Kalau ada apa-apa yang nak ditanya, anda boleh komen di bawah. Insha Allah Sista akan cuba untuk menjawab persoalan-persoalan yang diajukan. Selamat membeli dan membelah kain :)