contact

contact

Tuesday, 12 August 2014

Tips Mencari Homestay di Kuala Lumpur dan semua negeri di Malaysia



Insha Allah hari ini Sista akan berkongsi sedikit tips bagaimana untuk mencari homestay di Kuala Lumpur khasnya dan setiap negeri di Malaysia amnya.

1.Bertanya rakan-rakan atau saudara-mara yang pernah menggunakan khidmat homestay tersebut.
~Jika ada, terus bertanya tentang "rating" atau minta rakan atau saudara anda untuk membuat sedikit review tentang homestay tersebut.
~Ini kerana terlalu banyak homestay di Malaysia ini yang tiada "marketing" maka susah untuk kita untuk membuat "research" di internet dan sebagainya.

2.Internet "research"
~Ini adalah teknik yang paling mudah dan cepat untuk mendapatkan servis homestay di Kuala Lumpur dan kebanyakkan tempat di Malaysia.
~Antara laman web/ portal homestay yang mudah dan cepat untuk mencari homestay ialah:-
-->www.Mudah.my
-->www,CariHomestay.net
-->www.iBilik.com.my (sedikit charge akan dikenakan untuk setiap transaksi yg berjaya)
-->www.TravelMob.com (sedikit charge akan dikenakan untuk setiap transaksi yg berjaya)
--> dan ada beberapa lagi yang percuma dan berbayar
...

~Walaupun terdapat iklan-iklan di dalam laman web/ portal  yang dinyatakan di atas, adalah WAJIB untuk membuat kajian seterusnya di:-
*LAMAN WEB Homestay itu sendiri.
*BLOGSPOT Homestay tersebut.
*FACEBOOK PAGE Homestay tersebut.
*TWITTER & INSTAGRAM Homestay itu sendiri JIKA ada.

~Yang penting di internet ini ialah cuba untuk baca "review" tetamu atau pengguna yang pernah menginap di sana.


Jika sudah berpuas hati dengan gambar-gambar dan info-info yang terdapat dalam laman web, portal homestay, Facebook Page dan lain-lain, langkah seterusnya ialah ambil telefon bimbit/ pejabat/ rumah anda dan terus hubungi (telefon/ sms/ whatsapp) pihak homestay.

Apakah soalan-soalan yang harus di tanya kepada pihak homestay sebelum membuat tempahan??Sista akan kongsikan Tips ini di POST yang akan datang.

Insha Allah jumpa lagi ya ;)





Sunday, 10 August 2014

Rumah Terbuka Hari Raya Open House



1.Setelah berakhirnya sambutan hari raya di kampung masing-masing, semua warga kota telah kembali ke kota untuk mencari rezeki.

2.Maka, Rumah Terbuka amat dinanti-nantikan oleh semua orang yang telah kembali bekerja di bandar-bandar.

3.Tidak kira Rumah Terbuka yang dibuat oleh orang perseorangan (kawan-kawan, jiran-jiran dan sanak saudara), yang amat di nantikan oleh setiap orang tidak kira Melayu, Cina dan India ialah Rumah Terbuka yang dianjurkan oleh syarikat-syarikat sama ada kerajaan ataupun swasta.

4.Ini kerana Rumah Terbuka ini skalanya besar bermakna makanan yang dihidangkan adalah sangat pelbagai.

5.Jadi, ambillah peluang ini untuk menghadiri Rumah Terbuka sebanyak mungkin, kerana selain dari mengeratkan sillaturrahim antara kita, kita juga boleh jimat setelah ber"shopping" sakan untuk menyambut hari raya temph hari.

6.Selamat ber"Open House"... :)

Friday, 8 August 2014

Selamat Hari Raya Eidul Fitri 2014



1.Selamat Hari Raya Eidul Fitri dan seribu kemaafan dipinta dari tetamu-tetamu kami tidak kira di mana anda berada jika ada kekurangan, kesilapan dan terkasar bahasa sepanjang 2 tahun 3 bulan perkhidmatan kami.

2.Kami cuba untuk membantu anda untuk memberikan khidmat dan servis homestay (urban homestay) yang terbaik di Kuala Lumpur ini.

3.Jutaan terima kasih kepada anda semua.

4.Tanpa anda siapalah kami.

5.  :)






Thursday, 17 July 2014

Pakar Bisnes Kad

Salam Ramadhan Al-Mubarak & Selamat Sejahtera.

1.Kami, Preencely Lavish Enterprise ingin memaklumkan bahawa kami telah menambah 1 lagi cabang perniagaan iaitu perniagaan yang berkaitan dengan percetakan.




2.Kami namakan cabang ini sebagai Artistic Design Ingenious yang membawa maksud "Kebijaksanaan Rekabentuk Seni" atau nama singkatannya A.D.I (juga nama singkatan Founder Preencely Lavish Enterprise sendiri).

3.Artistic Design Ingenious akan seiring dengan Sista's Cottage Homestay akan membantu lebih ramai orang untuk menyelesaikan masalah mereka insha Allah.

4.Jadi kami dengan rendah diri ingin memohon tuan/ puan sekalian untuk Like FB Page Artistic Design Ingenious (www.FB.com/ PakarBisnesKad) dan Follow Instagram Artistic Design Ingenious.
*Ada HADIAH Misteri untuk Liker FB yang ke 100 dan Follower IG yang ke 100.

Terima kasih dan jangan lupa niat puasa ya :)