Friday, 17 April 2015
KLCC
+ Jarak dari homestay Sis ke KLCC ialah dalam 6-7 km sahaja ataupun 6 minit pada waktu luar puncak dan 25-35 minit pada waktu puncak.
+ Tak perlu untuk Sis ceritakan setiap satu apa yang terdapat di KLCC ini kerana rata-rata tetamu homestay Sis lebih tahu apa menariknya KLCC ini CUMA mereka mahukan homestay yang terdekat dengan KLCC. (klik SINI untuk cerita Petrosains KLCC)
+ Tetamu boleh memilih untuk menggunakan kenderaan sendiri(kereta/ motorsikal), Teksi, Bas ataupun LRT. Semua perkhidmatan awam boleh didapati berdekatan homestay Sis.
Jadi, alang-alang datang kenduri saudara atau kawan di Kuala Lumpur, rajin-rajinlah kosongkan poket anda di KLCC ya (Sis gurau jer..)
Friday, 10 April 2015
CARA MUDAH UNTUK BERTANYA TENTANG KEKOSONGAN HOMESTAY KAMI
+ Sista dan pihak pengurusan sentiasa membincangkan tentang perkara-perkara yang akan memperMUDAHkan tetamu-tetamu atau bakal tetamu untuk berhubung dengan kami.
+ Ini kerana, sebelum memulakan perbincangan/ pertanyaan lebih lanjut yang lebih terperinci, soalan pertama yang akan ditanya ialah tentang kekosongan. Contoh ayat-ayat yang biasa kami terima ialah seperti berikut:
1)"salam..homestay kosong tak esok lusa tulat?"
2)hi..homestay ada tak untuk 10 april?.."
3)"saya nak book homestay, harini available tak..?"
4)"malam ni kosong?.."
5)"salam, this weekend homestay free x..?"
Jadi, tujuan utama cara ini dibuat ialah untuk mengelakkan dari tetamu/ bakal tetamu tidak tahu bagaimana hendak bertanya dengan menaip atau mengeluarkan ayat-ayat yang pelbagai.
+ Kita cuba sama-sama ya. Insha Allah lebih MUDAH.
Friday, 13 March 2015
GST
Sana-sini kedengaran dan terbaca tentang cukai GST yang akan di laksanakan pada 1 April nanti. 6% adalah nombor keramat yang telah di tetapkan oleh kerajaan.
+ TETAPI, Sis akan mengenakan GST ini lebih awal..iaitu GANJARAN SEKOLAH TUTUP!..6% DISKAUN dari jumlah keseluruhan bayaran..
+ Ganjaran ini hanya dikenakan kepada tetamu Sis yang menginap di Homestay Sis untuk DUA malam dan ke atas.
+ Hubungi nombor HOTLINE yang tertera untuk pertanyaan kekosongan dan tempahan.
Siapa kata GST hanya membebankan pengguna kan..?
Tuesday, 16 December 2014
Cuti Sekolah at KLCC
Wah..Ramainya kanak-kanak atau adik-adik yang menginap di homestay kami. Mentang-mentangla cuti sekolah. Seronok yer dapat mandi swimming pool, sampai nangis-nangis tak nak balik.
Hari ini Sis nak highlightkan Point Of Interest (POI) yang terdapat di KLCC.
+ Jarak KLCC dari homestay kami cuma 7km sahaja dan mengambil masa 10 minit - 30 minit bergantung pada keadaan lalu lintas (jika hari Isnin - Jumaat pada jam 10 pagi cuma mengambil masa 10 minit untuk sampai ke KLCC).
+ Dua POI yang terdapat di KLCC ialah Petrosains dan Aquaria. Kedua-dua tempat ini sangat menarik terutama sekali kepada kanak-kanak.
+ Anak-anak anda sudah tentunya akan teruja dengan apa yang akan ditawarkan atau persembahan yang terdapat di Petrosains dan juga Aquaria.
+ Jangan kata anak-anak tetapi Sis sendiri pun excited lebih dari kanak-kanak bila dapat tengok ikan jerung melintasi atas kepala :)
+Sis akan kongsikan banyak lagi POI yang terdapat di Kuala Lumpur khas sempena cuti sekolah ini.
+Untuk tempahan, boleh hubungi hotline kami di 013-4534313 dan bercakap dengan En Hamudi. Insha Allah beliau akan menjawab setiap persoalan dengan sebaik mungkin.
Selamat bercuti sekolah yer.. ;)
Subscribe to:
Posts (Atom)



