contact

contact

Sunday, 16 June 2013

Free Shampoo & Conditioner

promo dove big photo dove-promo-with-textbig_zpsb874e2d3.gif

1)Latest promotion from Sista's Cottage Homestay, DOVE shampoo & conditioner for FREE!!

2)This promotion will only apply to accommodation for 3 days 2 nights or more :)

3)For limited time only. :)




Terima Kasih atas kepercayaan kepada Sista's Cottage Homestay

                                                   Assalamualaikum dan Selamat Berhari Isnin

1.Cuti sekolah sudah seminggu berlalu ( 24 May hingga 9 Jun 2103 ) tetapi "mood" cuti masih kelihatan pada kanak-kanak sekolah.

2.Ramai kawan-kawan dan adik beradik admin pergi bercuti di tempat-tempat yang menarik di seluruh Malaysia.

3.Tetapi admin tidak dapat melalui semua itu kerana admin "sibuk" mengendalikan tetamu-tetamu yang telah menempah dan menginap di kedua-dua homestay.

4.Di sini, perkataan "sibuk" yang admin maksudkan ialah keseronokan dan keterujaan yang dilalui apabila menemui tetamu-tetamu yang "check-in" bukan sahaja dari Malaysia tetapi juga dari luar Malaysia.

5.Dalam masa dua minggu cuti sekolah tersebut, kami dengan berbesar hati telah menerima tetamu-tetamu yang ceria  dan "sporting" dari:

~Kuantan, Pahang
~Bayan Lepas, Pulau Pinang
~Sungai Petani, Kedah
~Kulaijaya, Johor
~Beserah, Pahang
~Kuantan, Pahang
~Seremban, Negeri Sembilan
~Setapak, K.L (utk penginapan saudara mereka dari India)
~Dungun, Terengganu
~Ayer Molek, Melaka
~Tampines, Singapura

6.Terima kasih juga diucapkan kepada komen-komen/ cadangan-cadangan yang diberikan secara lisan (oral) ataupun melalui sms/ whatsapp :)

7.Admin berharap kita dapat berjumpa lagi di masa akan datang :) 

P/s: Dah boleh buat tempahan untuk cuti sekolah bulan November dan Desember 2013..kenape, awal sgt ke?? ;)






Tuesday, 21 May 2013

Cuti Sekolah 24 May hingga 9 Jun 2013

                                                 Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera  


1.Cuti sekolah tiba lagi...kali ini bermula dari 24 May 2013 sehingga 9 Jun 2013.

2.Ramai penduduk bandar akan mengambil peluang ini untuk membawa anak-anak dan keluarga untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.

3.Jadi, apa kata penduduk kampung pula datang bercuti di Kuala Lumpur dan bawa anak-anak dan keluarga untuk melawat tempat-tempat menarik di sini.

4.Because this is the right time to visit K.L since there will be less traffic jams and fewer peoples at city centre.

5.Oleh itu, kami telah siapkan jadual tempahan sempena cuti sekolah ini untuk memudahkan anda melihat tarikh dan hari yang mana sudah ditempah dan yang mana masih belum ditempah (available).

6.Anda boleh klik link di atas atau di sebelah kanan ini untuk mengetahui jadual tempahan terkini.

7.Hari, tarikh dan masa kemaskini akan di nyatakan dengan jelas.

8.Untuk mengelakkan kekecewaan, boleh membuat tempahan sekarang dengan menghubungi En Hamudi di talian 013-4534313 (juga boleh SMS, whatsapp dan weChat)

Terima Kasih.


Tuesday, 14 May 2013

Yearly Maintenance/ Service ( Servis/ Penyelenggaraan Tahunan )

                                              Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera    



1.Alhamdulillah, kini homestay Kak Long Cottage (La Villas Condo) telah berusia SETAHUN.

2.Terima kasih yang amat terhingga kepada pelanggan-pelanggan, tetamu-tetamu yang telah menginap di sini.

3.Oleh kerana sokongan tuan-puan, boleh saya katakan di sini bahawa Kak Long Cottage telah banyak "improve".

4."Improve" di sini bermaksud banyak perubahan yang telah dilakukan pada dalaman dan pada alat-alat yang lebih "details" contohnya penggantian suis lampu yang patah dsg.

5."Improvement" ini sebenarnya dapat dilakukan oleh kerana "feedback" dan komen-komen dari pelanggan-pelanggan kami yang dihormati.

6."Feedback" dan komen amatlah penting bagi kami untuk kami membuat pembaharuan dan tindakan susulan yang sepatutmya.

7.Jadi, walaupun perit untuk ditelan, tetapi kami amat mengalu-alukan "feedback" dan komen-komen anda.

8.Siapa lagi yang lebih tahu tentang ketidakselesaan yang dialami kecuali pelanggan/ tetamu kami yang amat kami hormati :)