contact

contact

Thursday 24 January 2013

Cawangan Homestay Kedua

            السلام عليكم dan SELAMAT SEJAHTERA


1.Alhamdulillah syukur kepada Allah S.W.T, semalam 14 Rabiulawal 1434 bersamaan dengan 24 Januari 2013 merupakan Maulidur Rasul yang disambut oleh umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia.

2.Semalam juga merupakan hari yang menggembirakan bagi pihak admin SISTA'S COTTAGE HOMESTAY kerana lokasi CAWANGAN KEDUA Sista's Cottage Homestay telah ditemui.

3.Lokasi tersebut ialah di SETAPAK RIA CONDOMINIUM, JALAN GENTING KLANG, KUALA LUMPUR di mana JARAK di antara CAWANGAN PERTAMA (La Villas Condo, Tmn Setapak) dan KEDUA hanya dibezakan sebanyak 1KM SAHAJA.

4.PERMINTAAN yang tinggi dan juga permintaan dari sahabat-sahabat dari kaum CINA dan INDIA merupakan sebab utama cawangan kedua ini dibuka.

5.CAWANGAN KEDUA ini insha Allah akan beroperasi pada MINGGU PERTAMA FEBRUARI 2013 sempena cuti TAHUN BARU CINA.

6.CAWANGAN KEDUA ini juga akan dibuka untuk semua tetamu/ penyewa 1Malaysia bukan sahaja MELAYU tetapi juga untuk CINA dan INDIA.

7. Harga untuk penyewaan akan dibincangkan dan akan diberitahu apabila CAWANGAN KEDUA ini menghampiri 80% siap.

8.Walaubagaimanapun, CAWANGAN PERTAMA kami masih beroperasi seperti biasa dan sedang menerima tempahan untuk bulan Februari, Mac, April dan juga Mei.

9.Admin akan "post" gambar-gambar dan berita-berita terkini tentang CAWANGAN KEDUA ini.

Terima Kasih kepada tetamu/ penyewa kami kerana memberi sokongan kepada Sista's Cottage Homestay :) 


Thursday 10 January 2013

SELAMAT TAHUN BARU 2013

                                               السلام عليكم


~Rasanya masih belum terlambat untuk saya ucapkan Happy New Year 2013 walaupun tarikh hari ini sudah 10/01/2013 :p

~الحمد لله, sambutan Sista's Cottage Homestay pada musim cuti sekolah yang lalu (November dan Disember 2012) adalah sangat menggalakkan.

~Hampir 85% telah diduduki pada kedua-dua bulan tersebut.

~TERIMA KASIH yang teramat sangat pada pelanggan/ tetamu kami yang PERCAYA dan YAKIN pada servis yang ditawarkan oleh pihak kami.

~Kami berjanji akan memberikan servis yang lebih baik di masa hadapan, إن شاء الله

~Oh ya, sebelum saya terlupa, tuan-tuan dan puan-puan boleh klik pada HOMESTAY FEATURE di atas atau klik di sini untuk melihat gambar-gambar Sista's Cottage yang terbaharu. :)

~Berkaitan dengan CAWANGAN Sista's Cottage yang pertama, Condominium atau Rumah Landed di sekitar kawasan SETAPAK sedang dicari.

~Oleh itu, pada sesiapa yang mahu rumah/ condo/ apartment mereka dijadikan sebagai homestay, boleh hubungi saya di talian 013-4534313. ;)

~Akhir sekali, booking/ tempahan telah dibuka untuk bulan Januari, Februari, Mac dan April 2013.

~Sudah semestinya Diskaun yang istimewa akan diberikan kepada pelanggan yang membuat tempahan awal (promosi berterusan).