contact

contact

Sunday 14 October 2012

Red Bull Stratos ~ Mission To The Edge of Space

1.Memang tajuk ini tiada kaitan langsung dengan homestay, tetapi saya terpanggil untuk berkongsi dengan anda tentang "free fall" dari angkasa (stratosphere)  yang telah dibuat oleh Felix BaumGartner (Austrian Daredevil) pada pukul 0218hr pagi tadi.

2.Pada mulanya beliau ingin memecahkan empat rekod yang sedia ada, tetapi akhirnya tiga rekod sahaja yang dapat dipecahkan. Rekod-rekodnya seperti berikut:-

Rekod 1:Penerbangan manusia menaiki belon tertinggi (128,097 kaki atau 39 kilometer)
Rekod 2:Terjunan bebas tertinggi (128,097 kaki atau 39 kilometer)
Rekod 3:Melebihi halaju bunyi pada kelajuan 1342.8 km/h (Mach 1.24)
Rekod 4:Terjunan bebas paling lama (REKOD TIDAK BERJAYA DIPECAHKAN) kerana membuka payung terjun lebih awal dari rekod yang sedia ada iaitu 4 minit 36 saat.

Lihat gambarajah di bawah untuk lebih jelas:




3.Senarai semak sebelum terjunan dibuat, dibaca oleh pemegang rekod yang sebelumya iaitu Col. Joe Kittinger dari "control room" di bumi.

Kapsul kelihatan sangat kecil di bawah belon yang mengandungi gas Helium sebanyak 150.079 meter kiub







Pada 128,000ft, Felix dilihat sedang mengeluarkan kakinya untuk bersedia di platform yang sebesar saiz "skate board"



Bekalan oksigen hanya mampu bertahan untuk 10 minit sahaja

Kamera dari sudut atas sebelum terjunan dibuat

Felix telah membuat terjunan bebas dan kelihatan sangat kecil pada gambar

4.Felix telah mendarat dengan selamat tanpa mengalami apa-apa kecederaan dan kemudiannya terus membuat "press conference" untuk menceritakan detik-detik yang dilalui oleh beliau.

5.Kesimpulan:
~Manusia boleh melakukan dan mencapai apa sahaja dengan keazaman yang tinggi dan melakukan latihan demi latihan.
~Komunikasi antara manusia yang terbaik dan cemerlang akan menentukan kejayaan sesuatu perkara walaupun pada jarak jauh.
~Sumbangan teknologi tinggi dan terkini dapat dilihat pada misi ini.

6.Dengan tamatnya misi ini dengan cemerkang, saya dapat membuat satu "quote" seperti di bawah:

"In life, don't be afraid to take a big leap(decision, change,etc), even from the edge of space"


Terima Kasih





























No comments:

Post a Comment