contact

contact

Wednesday 28 November 2012

MAHA 2012


السلام عليكم


1.Apabila cuti sekolah bermula, pelbagai acara atau "events" telah dirancang samada oleh pihak kerajaan ataupun pihak swasta di peringkat negeri, kebangsaan atau antarabangsa.

2.Salah satu acara ialah pameran dwitahunan yang berkaitan dengan pertanian yang terulung di Malaysia iaitu Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism International Show (MAHA) yang berlangsung di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) dari 23/11/12 sehingga 02/12/12.

3.Ditaja oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (Ministry of Agriculture and Agro-Based Industries) dan dianjurkan oleh Mardi, pameran MAHA 2012 ini adalah sesuai untuk:-
  • mempamerkan produk dan servis terkini yang berkaitan dengan pertanian dan industri asas tani
  • mencipta peluang pelaburan dalam bidang pertanian
  • memperluaskan perniagaan
  • mencipta pasaran eksport
  • dan pelbagai lagi
4.Pengunjung juga boleh melihat secara dekat hiasan-hiasan, buah-buahan, pokok-pokok yang dipamerkan di sini dan pengunjung juga boleh merasa (tester) makanan-makanan yang disediakan.

5.Untuk keterangan lanjut boleh layari http://www.maha.gov.my/2012/index.html

Tq :)


No comments:

Post a Comment