contact

contact

Tuesday 23 September 2014

Cuti Sekolah Yang "Panas"




1.Hari Ahad 21 September 2014 selesai sudah cuti sekolah edisi "panas" pada tahun ini.

2.Edisi "Panas" yang Sista maksudkan ialah isu kertas peperiksaan UPSR yang bocor.

3.Sista tak mahu bercerita panjang tentang isu ini tetapi apa yang Sista harapkan ialah agar pihak-pihak atau orang perseorangan tertentu perlu di hadapkan ke muka pengadilan kerana mereka telah menyusahkan pelbagai pihak termasuk guru, murid, ibu bapa dan ramai lagi.

4.Walaubagaimanapun, isu tersebut tidak langsung mengganggu keseronokan kanak-kanak ketika bercuti.

5.Sista tumpang gembira kepada tetamu-tetamu Sista kerana dapat melihat keriangan anak-anak mereka ketika mandi sambil bermain-main di kolam renang yang berada di tingkat bawah di blok yang sama dengan homestay (terima kasih kepada pihak pengurusan condo kerana menjaga kebersihan kolam renang).

6.Alhamdulillah, kami telah sedaya upaya untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada tetamu-tetamu kami yang telah menginap selama 7 hari daripada 9 hari cuti sekolah berlangsung.

7.Jika ada apa-apa pertanyaan, boleh hubungi kami di talian 013-4534313. Insha Allah kami akan cuba menjawab segala persoalan yang akan diutarakan (lagipun tanya tak perlu bayar kan..?)









No comments:

Post a Comment